.

Pages

Wednesday, September 4, 2013

Biografi Nabi Muhammad SAW

Nama lengkap: Muhammad bin
Abdullah bin Abdul Muttalib bin
Hashim 

Nama bapak: Abdullah bin Abdul
Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin
Abdul Manaf
Nama kakek: Syaibah bin Hâsyim
dikenal dengan nama Abdul Muttalib.
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
 
Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba
perempuan Abu Lahab) - Ibu susuan
kedua Halimah binti Abu Zuaib As-
Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-
Sa‘diah. Suaminya bernama Abu
Kabsyah)

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah
r.a
2. Saudah bt. Zamah al-Amiriyah al
Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina
Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a
(anak Saidina Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi
Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi
sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma bt. al-Numan al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar
Ummu Al-Masakin; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin
Zurarah al-Tamimi (anak kepada
Saidatina Khadijah bersama Hind bin
Habbasy. Ketika berkahwin dengan
Rasulullah, Khadijah adalah seorang
janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja
Rasulullah:Semenjak kecil baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapak saudaranya (baca: paman). Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) untuk membantunya berniaga.Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mulai menjalankan perdagangan
baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain karena baginda serta bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada
orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah.
Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih. Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menjahit pakaian yang koyak, membersihkan rumah dan menjaga anak. Sebagai seorang bapak, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak. Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda senantiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.
 
Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq) - Boleh dipercayai
(amanah) - Penyampai ajaran Islam
(tabliq) - Bijaksana (fatanah) .

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi
berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi
dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
wahyu pertama yg diterima oleh
Rasulullah, masanya dan usia
Rasulullah:
- Wahyu pertama yaitu dari surah al-
Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan
menyebut nama Tuhanmu yang
menciptakan manusia dari segumpal
darah. Bacalah, dengan nama
Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang
mengajar manusia dengan
perantaraan (menulis, membaca). Dia
mengajarkan kepada manusia apa
yang tidak diketahuinya."
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos
610 M)
- Berusia 40 tahun.
Keadaan Rasulullah ketika menerima
wahyu: Pada suatu ketika sedang dia
bertafakkur itu datanglah malaikat
kepadanya, lalu berkata:
"Bacalah!" (Iqra). Lalu Rasulullah
menjawab; "Saya tidak pandai
membaca." Lalu kata beliau: "Maka
diambilnya aku dan dipagutnya
sampai habis tenagaku. Kemudian
dilepaskannya aku dan dia berkata
pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab:
"Aku tidak pandai membaca!" Lalu
dipagutnya pula aku sampai habis
pula tenagaku.
Kemudian ditegakkannya aku baik-
baik dan dikatakannya pula:
"Bacalah!", yang ketiga kali, lalu
berkatalah malaikat itu: "Bacalah
dengan nama Tuhanmu yang telah
menjadikan," sampai kepada ujung
"Yang telah mengajarkan kepada
manusia apa yang dia tidak tahu."
Setelah sampai pada ujung ayat
tersebut malaikat itu pun ghaiblah
dan tinggallah beliau seorang diri
dalam rasa kengerian.
Lalu beliau segera pulang kepada
isterinya Khadijah. Lalu beliau
berkata: "Selimutilah aku, selimutilah
aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka
segeralah orang-orang dalam rumah
menyelimuti beliau, sampai rasa
dingin itu hilang. Lalu berkatalah
beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah,
apakah yang telah terjadi atas diriku
ini?" Lalu beliau ceriterakan segala
yang telah beliau alami itu, akhirnya
beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir
(ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur
berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan
pelantikan baginda sebagai Rasulullah
atau pesuruh Allah..... (Bersambung)  

Wallahu Alam Bishowaab.

No comments: